Sunday 15 April 2012

Kepentingan Pasar Raya Kepada Rakyat Malaysia

Nama pelbagai pasar raya besar atau "hpermarket" kini meniti di bibir rata-rata penduduk Malaysia, Antara pasar raya besar tersohor di Malaysia termasuklah Giant, Makro, Ikea, Carrefour, Jusco dan Mydin.

Pasar raya besar merupakan pusat beli-belah bersaiz mega kerana pusat sehenti yang menyediakan pelbagai keperluan kepada pengguna. Di sini pelbagai jenis barang sama ada makanan, pakaian, kelengkapan rumah, peralatan elektrik, tekstil, dan sebagainya dapat dibeli. Hal yang sedemikian ternyata memudahkan orang ramai pada zaman modern ini berbelanja.

Kini, pasar raya tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat bandar. Sesetengah suri rumah tangga menjadikan pasar raya ini khusus untuk berbelanja besar pada hari minggu atau awal bulan. Sebahagian yang lain menjadikan pasar raya besar ini sebagai tempat membeli keperluan.

Lazimnya, pasat beli-belah amat sesak ketika menjelangya mesim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Natal. Pada waktu beginilah para pengusaha pasar raya besar ini mengambil kesempatan menawarkan pelbagai tarikan untuk memikat pengunjung. Misalnya, pelbagai nama seperti "jualan murah", "diskaun hebat", "jualan penghabisan stok", "jualan mega",dan sebagainya dipamerkan di premis masing-masing sepanjang tempoh jualan tersebut untuk melariskan jualan dan mengaut keuntungan. Para pengguna pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah yang diyakini memberi mereka tawaran yang menarik demi memuaskan setiap sen yang dibelanjakan.
Kesimpulannya, kewujudan pasat raya besar di negara ini memberikan banyak manfaatnya kepada rakyat malaysia. Namun demikian, rakyat malaysia harus bijak memanfaatkan wang yang dibelanjaan dan menjadikan penggunan yang berhemat.



1 comment:

  1. Lucky Club - Slots & Table Games
    Lucky Club. A place for fun and entertainment luckyclub at the best hotel & casino in the world! Visit our Las Vegas-style casino with table games, card games,

    ReplyDelete